Watak dan perwatakan Hitsugaya_Tōshirō

Hitsugaya Tōshirō merupakan seorang shinigami yang muda jika dibandingkan dengan piawaian Soul Society. Dilahirkan di Rukongai,[3] Hitsugaya telah menjadi shinigami termuda yang mencapai status "kapten".[3] Hitsugaya mempunyai badan yang kecil dan pendek. Dia memiliki rambut berwarna putih salji (yang seringkali menarik perhatian di dunia manusia) dan mata berwarna hijau kebiru-biruan, yang mewakili kebolehannya mengawal ais dan air. Dia memakai pakaian tradisional seorang kapten, mengecualikan tali hijau di bahunya, dan kadang-kala berjalan memakai tabi.

Hitsugaya secara umumnya bersifat serius dan matang, berlawanan dengan sikap leftenannya, Matsumoto Rangiku. Walaupun personaliti mereka berbeza, Hitsugaya dan Matsumoto mempunyai hubungan yang sangat rapat. Hitsugaya ditunjukkan mudah berasa marah oleh orang lain yang suka membuat kacau atau menarik perhatian yang tidak penting kepada diri mereka, seperti yang dilihat apabila dia membawa sekumpulan shinigami ke sekolah Kurosaki Ichigo. Hitsugaya tidak menyukai apa-apa yang dinyatakannya sebagai "kebudak-budakkan" dan benci jika dirinya dikatakan kelihatan seperti kanak-kanak, seperti yang dilihat dalam episod 132 siri anime Bleach apabila dia berjumpa dengan adik ichigo, Karin. Ini dibuktikan lagi dalam bab-bab omake di mana Hitsugaya dianggap sebagai seorang budak kecil. Dalam babak penutup OVA Sealed Sword Frenzy, Hitsugaya berpakaian seperti seorang budak sekolah dan berada di dunia manusia, dan Hinamori terpaksa membawanya keluar daripada tempat bersembunyinya. Hinamori Momo juga seringkali dilindungi Hitsugaya, kerana mereka merupakan kawan sejak kecil. Bersesuaian dengan sifat zanpakutō miliknya, Hitsugaya tidak menyukai musim panas dan cuaca yang panas secara umumnya.

Hitsugaya berasa agak marah apabila sesiapa merujuk kepadanya dengan nama selain daripada "Kapten Hitsugaya". Hinamori pernah memanggilnya "Toshiro," dan Hinamori bersama-sama Ukitake seringkali menggunakan panggilan "Shiro si kecil" (シロちゃん Shiro-chan) - nama gelaran yang membawa maksud "si putih", merujuk kepada rambutnya. Dalam segmen Lakaran Buku Bergambar Shinigami Emas, (segmen-segmen omake yang terdapat pada akhir episod-episod anime Bleach), Ukitake Jūshirō dalam lakaran yang lucu, memberi Hitsugaya gula-gula dan makanan-makanan lain kerana "Jūshirō" dan "Tōshirō" berbunyi serupa apabila disebut, juga kerana mereka berdua berkongsi warna rambut yang sama, maka mereka berdua boleh digelar sebagai "Shiro-chan." Nama pertama Hitsugaya, iaitu Tōshirō, membawa maksud "musim sejuk," yang bersesuaian dengan rambutnya yang putih dan elemen zanpakutō Hitsugaya iaitu ais. Ichigo juga memanggil Hitsugaya dengan nama pertamanya, dan ini kurang disenangi Hitsugaya sendiri, menjadikannya di antara tiga kapten yang dirujuk Ichigo dengan nama pertama mereka (yang lain termasuklah Kuchiki Byakuya dan Zaraki Kenpachi).

Gerak hati Hitsugaya adalah tajam, dan dia merupakan salah satu daripada kapten yang telah mengesyaki Ichimaru Gin sebagai seorang pembelot, meskipun dia tidak mengesyaki Aizen Sōsuke.

Dalam pertarungannya dengan Ichimaru Gin dalam siri anime, Gin telah mengatakan bahawa Hitsugaya merupakan jelmaan makhluk suci yang dihidupkan semula selepas beberapa abad. Ini dibuktikan juga melalui namanya, yang merupakan homonim untuk istilah bahasa Jepun yang bermaksud "amatur" (藤四郎), mungkin sekali merujuk kepada umur Hitsugaya yang masih muda dan pengalamannya berbanding kapten-kapten lain dalam Gotei 13.